Resepi Masak Lomak Nogori

Masak Lomak Cili Api Ayam dengan Kentang.

1 ekor             ayam
 20 ulas           cli api (Kalu terlau pedas boleh dikurang, kalu tak pedas 
                       bolehlah menambahnye lagi)
1 batang          serai
1/2 ulas           bawang besar bersaiz sederhana (kalu nak guna bawang kecil 
                       3 ulas pun boleh) dihiris
2 sudu kecil     kunyit serbuk (boleh juga menggunakan kunyit hidup)
1 biji               Kelapa (diambil santannye)
1 ulas              limau kasturi (kalu tak dapat limau kasturi boleh diganti 
                      dengan asam keping 1 keping)
3 biji               Ubi ketang (dibuang kulit dan di belah 4. Tapi jgnlah 
                       belah terlalu kecil sederhana saja supaya seimbang dengan ayam)
3 sudu kecil    garam (secukup rasa)

Cara membuatnya:

1.   Basuh ayam. Saya selalu membasuh ayam menggunakan limau 
      kasturi sebagai bilasan terakhir untuk membuang bau hanyir ayam.
2.   Kemdian toskan ayam tersebut dan biarkan.
3.   Perah kelapa yang telah diparut dengan menggunakan 1 liter 
      air untuk mendapatkan santannya. Ramasan kelapa yang pertama
      hendaklah menggunakan 1/4 dr 1 liter air tadi dan perah sehingga 
      keluar santan yang pekat. Kemudian guna 1/4 air lagi untuk membuat 
      ramasan yang kedua. Ikut cara tadi. Kemudian air yang selebihnya 
      guna untuk membuat ramasan yang ketiga. Kalu nak guna santan 
      kotak atau tin juga boleh, gunakan 500ml santan itu dan dicampur 
      dengan air sebanyak 2 kotak atau tin santan itu.
4.   Kemudian tumbuk cili api sehingga lumat. 
5.   Kemudian ketuk 1 btg serai tadi sedikit supaya bau serai itu lebih 
      menyerap kedalam gulai. Jangan ketuk sampai hancur pulak.. 
      sedikit saja..hanya untuk memecahkan serai itu sedikit..
6.   Kemudian masukkan ayam, cili api yang telah ditumbuk, 
       kunyit dan juga serai tadi kedalam periuk. 
7.   Masukkan sedikit air supaya ayam tadi tidak terlalu kering.. 
      Kemudian kacau lebih kurang 5 mint.
8.   Masukkan santan, pastikan santan tersebut dapat menutupi 
      sepenuhnya ayam didalam periuk tersebut. Kalu tak cukup 
      bolehlah di campur sedikit air lagi.
9.   Masukkan kentang dan garam kedalam gulai juga.
10. Kacau dan biarkan gulai mendidih dengan api yang sederhana.
      Gulai haruslah dikacau selalu supaya santan itu tidak menjadi pecah. 
      Kalu santan itu pecah (seperti berketul-ketul) ia akan membuat gulai 
      rasa tak sedap.
11. Setelah mendidih, kecilkan api sedikit, masukkan hirisan bawang 
      dan perah limau kasturi kedalam gulai atau yang menggunakan asam keping, 
      bolehlah memasukkan asam keping itu juga.
12  Biarkan gulai selama 15 minit lagi atau sehingga kentang lembut (masak).
13. Setelah itu tutup api dan gulai sedia untuk dihidangkan..

SELAMAT MENCUBA


Resepi MASAK LOMAK TEMPOYAK BERDAUN

20 helai               Daun Pucuk Ubi
3 helai                 Pucuk labu
2 helai                 Pucuk Kaduk (kalu ada, kalu tak campur pun tak apa)
2 helai                 Daun kunyit
10 ulas                petai
4 sudu besar       tempoyak
2 sudu besar       gula
2 biji                  kelapa (diambil santannya)
100gm               ikan bilis
20 ulas              cili api 
garam                secukup rasa
2 sudu kecil       kunyit serbuk


cara membuatnya :


1. Ambil daun daun pucuk ubi, pucuk labu dan pucuk kaduk. Kemudian satukan sume daun2 tersebut dan gunakan daun kumyit untuk menggulungnya. Kemudian daun2 tersebut di hiris halus.
2.  Ambil petai dan dibelah dua.
3.  Perah kelapa sebanyak 2 kali sahaja sehigga mengeluarkan santannya. Lagi pekat santan, lagi sedap..
4.  Sediakan ikan bilis. Dan tumbuk cili api sehingga lumat.
5. Kemudian masukkan santan, ikan bilis, kunyit, cili api dan tempoyak kedalam kuali (sangat elok dimasak didalam kuali) dan biarkan ia mendidih. Kuah hendaklah sentiasa di kacau.
6.  Apabila telah mendidih, masukkan garam dan gula. Biarkan dlm 1 minit. Kemudian masukkan sume daun-daun yang telah dihiris tadi.
7.  Biarkan selama 6 - 7 minit. Kemudian masukkan petai. Rasa garamnya. Biarkan kuah tadi menjadi pekat.
8. Apabila kuah telah pekat, tutup api dan ia sedia untuk dihidangkan.


SELAMAT MENCUBA..